Mengenai Kami
Linguamatix Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan September 2002 bagi membangunkan aplikasi-aplikasi dalam industri penterjemahan mesin atau berkomputer. Teknologi proprietari syarikat kami dikenali sebagai LinguaBASE™, iaitu satu enjin dengan daya pemprosesan tinggi bagi pemprosesan bahasa tabii yang menjanakan aplikasi-aplikasi penterjemahan yang telah kami bangunkan. Aplikasi yang dinamakan LinguaTrans™ ini membolehkan anda mengendalikan penterjemahan bahasa secara terus. Pendekatan reka bentuk yang unik membolehkan pembangunan pasangan bahasa baru dibuat dalam masa beberapa bulan sahaja. Di samping itu, ciri daya pemprosesan tinggi ini juga boleh diaplikasi ke bidang lain seperti pemantauan saluran maklumat dalam masa nyata bagi aplikasi-aplikasi keselamatan.
Anda boleh mengalami terjemahan dalam talian yang mempunyai daya pemprosesan yang tinggi di www.citcat.com dan melalui telefon bimbit anda di www.citcat.mobi. Portal Citcat ini membolehkan anda mencari dan melayari laman web berbahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dan Mandarin dalam masa nyata.
Pada masa ini kami mempunyai 50 orang kakitangan yang merangkumi sekumpulan saintis maklumat yang berpengalaman serta eksekutif perniagaan yang berkaliber. Bersama-sama sebagai satu pasukan, kami berusaha menjadikan teknologi Linguamatix satu sistem penterjemahan berdaya pemprosesan tinggi yang mendapat permintaan tertinggi di dunia.
|