|
Teknologi Kami
LinguaTrans™ dipacu oleh enjin terjemahan LinguaBASE™, yang menggunakan jaringan neuronal dengan daya pemprosesan tinggi proprietari mempelajari terjemahan secara kendiri melalui pemeriksaan korpus teks selari. Ini merupakan pendekatan berbeza jika dibandingkan dengan sistem terjemahan konvensional yang memerlukan beribu-ribu peraturan nahu untuk menterjemah walaupun pada tahap asas, di mana ia menghadkan daya pemprosesan dan masa pembangunan. Pendekatan kami meningkatkan kemungkinan terjemahan yang tepat dan peningkatan kualiti penterjemahan juga boleh dibuat melalui penggunaan hasil suntingan terjemahan, yang dapat mengajar sistem bagaimana untk meningkatkan penterjemahan dengan lebih berkesan. Berbeza dengan sistem penterjemahan konvensional, LinguaTrans™ juga dapat menghasilkan penterjemahan yang lebih tepat dengan memproses jujukan-jujukan teks di tahap frasa, dengan demikian mengurangkan terjemahan perkataan ke perkataan.
LinguaBASE™ berfungsi melalui perlombongan korpus selari untuk ungkapan-ungkapan yang mempunyai persamaan dari segi semantik. Ungkapan-ungkapan ini mewakili konsep bersama antara dua bahasa, dengan setiap korpus mewakili satu peta konsep bagi bahasa yang tertentu. Penambahan bahasa-bahasa baru melibatkan pemetaan konsep bahasa baru kepada konsep bahasa yang sedia ada. Dengan menghindari keperluan untuk memprogram peraturan linguistik untuk setiap pasangan bahasa, pelbagai set pasangan bahasa boleh dibangunkan dengan cepat.
Apa Yang Membuatkan Teknologi Kami Unik?
Keberkesanan pemprosesan LinguaTrans™ membolehkan penterjemahan masa nyata pada kelajuan 500,000 patah kata setiap minit bagi setiap CPU, yang merupakan hampir 100 kali lebih cepat daripada sistem-sistem komersil terbaik yang terdapat dalam pasaran kini. Ini bukan sahaja memberi anda keupayaan untuk mencari dan melayari Internet dalam bahasa pilihan anda, tetapi ia juga bermaksud, dengan korpus yang mencukupi, prototaip bagi pasangan-pasangan bahasa baru boleh dikeluarkan dalam masa beberapa bulan sahaja.
Daya pemprosesan tinggi LinguaBASE™ juga memberikannya potensi untuk diaplikasikan dalam pemantauan saluran maklumat dalam masa nyata seperti e-mel dan komunikasi lain, yang mungkin menarik minat kerajaan pelbagai negara dan organisasi-organisasi keselamatan.
Mengapa Linguamatix membangunkan sistem Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu?
Tiada sistem terjemahan mesin yang tepat dan pantas boleh didapati di mana-mana bagi menterjemah antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Linguamatix telah memutuskan untuk menyahut cabaran ini dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pasangan bahasa demonstrasi bagi prototaip LinguaTrans. Syarikat ini mengharapkan LinguaTrans™ dan LinguaWeb™ dapat menggalakkan terjemahan lebih banyak bahan-bahan berbahasa Inggeris ke bahasa Melayu.
Sekiranya anda ingin mempelajari lebih banyak tentang maklumat yang telah dibaca dari laman ini atau memberikan maklumbalas mengenai LinguaWeb™, sila hubungi kami di .
|