About Us
About LinguaTrans
Jobs
Free online translation system
English | Bahasa Malaysia

Mengenai Kami
Linguamatix Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan September 2002 bagi membangunkan aplikasi-aplikasi dalam industri penterjemahan mesin atau berkomputer. Teknologi proprietari syarikat kami dikenali sebagai LinguaBASE™, iaitu satu enjin dengan daya pemprosesan tinggi bagi pemprosesan bahasa tabii yang menjanakan aplikasi-aplikasi penterjemahan yang telah kami bangunkan. Aplikasi-aplikasi yang dinamakan LinguaTrans™ dan LinguaWeb™ ini membolehkan anda mengendalikan penterjemahan bahasa secara terus. Pendekatan rekabentuk yang unik membolehkan pembangunan pasangan bahasa baru dibuat dalam masa beberapa bulan sahaja. Di samping itu, ciri daya pemprosesan tinggi ini juga boleh diaplikasi ke bidang lain seperti pemantauan saluran maklumat dalam masa nyata bagi aplikasi-aplikasi keselamatan.

Pada masa ini kami mempunyai 16 orang kakitangan yang merangkumi sekumpulan saintis maklumat yang berpengalaman serta eksekutif perniagaan yang berkaliber. Bersama-sama sebagai satu pasukan, kami berusaha menjadikan teknologi Linguamatix satu sistem penterjemahan berdaya pemprosesan tinggi yang mendapat permintaan tertinggi di dunia.

LinguaWeb
LinguaWeb™ merupakan sistem beta dalam talian yang pertama yang membenarkan para pengguna untuk mencari dan melayari kandungan Internet berbahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dalam masa nyata. LinguaWeb™ telah menerima sokongan positif daripada pengguna-pengguna dari seluruh dunia. Bahasa lain yang akan dibangunkan termasuklah Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Sepanyol dan lain-lain lagi.

Sidang Akhbar
Linguamatix Launches LinguaWeb  [Download]
Linguamatix Launches LinguaMobile  [Download]
Hubungi Kami
Linguamatix Sdn Bhd
27-9, Level 9, Signature Office
Bandar Mid-Valley
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: +603 2283 3860
Fax: +603 2282 8102
E-mail: